Penumpang Bawa Objek Menyerupai Senjata Api, Polis Bantuan Ditahan - Semasa | mStar

Penumpang Bawa Objek Menyerupai Senjata Api, Polis Bantuan Ditahan

Gambar hiasan.

PUTRAJAYA: Seorang anggota polis bantuan di KLIA2 ditahan reman sehingga Selasa ini kerana disyaki melepaskan seorang penumpang yang membawa masuk objek menyerupai senjata api ke dalam pesawat.

Ketua Polis Daerah Sepang Asistan Komisioner  Mohd Yusoff Awang berkata suspek yang berumur29 tahun itu ditahan di KLIA2 pada 3.30 pagi Sabtu.

 "Kita menyiasat kes ini di bawah Seksyen 36 (1) Akta Senjata Api 1960," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mengulas lanjut, beliau berkata pada Rabu lepas kira-kira pukul 7.40 petang, suspek bersama-sama enam lagi anggota polis bantuan memeriksa bagasi seorang pelajar kolej swasta warga Rusia dan menemui replika berbentuk bom serta pemetik api menyerupai pistol dan pisau.

Pelajar itu mendakwa objek berkenaan dibeli di sebuah kedai di Sunway Pyramid sebagai cenderahati dari Malaysia dan suspek melepaskannya menaiki pesawat tanpa membuat laporan polis.

"Namun selepas tiga hari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung insiden itu tersebar baru suspek membuat laporan polis," katanya.

Mohd Yusoff berkata polis turut berhubung dengan Interpol dari negara pelajar terbabit bagi mengesan identitinya.

pemetik api , replika bom

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain