suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Janin Ditemui Dalam Kolam Kumbahan

JOHOR BAHARU: Orang awam menemui satu janin manusia di kolam kumbahan Jalan Aman, Larkin Utama di sini pada 10.45 pagi Jumaat.

Polis yang bergegas ke tempat kejadian setelah mendapat maklumat dan menemui janin itu, berukuran lapan sm dan seberat 500g.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh dalam kenyataan di sini berkata, pihaknya percaya janin itu datangnya dari saluran tandas dari flat Taman Larkin yang berdekatan.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai penemuan itu untuk menghubungi polis di talian hotline Ibupejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan di 07-2218999 untuk membantu siasatan.

Janin itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah, di sini dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.


Larkin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia