suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Risikan Tentera Dapati MH17 Ditembak Dari Darat Ke Udara- Hishammuddin

Hishammuddin Hussein.
BERA: Berdasarkan risikan ketenteraan dan serpihan pesawat MH17 yang ditemui di timur Ukraine mendapati ia ditembak roket dari darat ke udara, bukannya udara ke udara, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

"Daripada sebahagian pesawat ditemui, tak mungkin air-to-air (udara ke udara) tapi surface-to-air (darat ke udara). 

"Ia masih dalam siasatan (siapa penembaknya), maklumat dari kotak hitam dan serpihan akan dianalisis. Jangan buat sebarang spekulasi," katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bera di sini, petang Sabtu.

Hishammuddin berkata, berdasarkan kepada maklumat itu, beliau tidak percaya bahawa pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS) itu ditembak jatuh oleh jet pejuang seperti disebarkan baru-baru ini.
Hishammuddin Hussein, MH17

Artikel Lain