Malaysia Buat Persiapan Hantar Balik Rizalman Ke New Zealand - Semasa | mStar

Malaysia Buat Persiapan Hantar Balik Rizalman Ke New Zealand

Muhammad Rizalman

PUTRAJAYA: Malaysia sedang membuat persediaan untuk menghantar balik bekas pembantu staf pertahanan di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, New Zealand untuk menghadapi pertuduhan pecah rumah dan serangan dengan niat merogol.


Kenyataan Wisma Putra pada Selasa  menyebut Malaysia dan New Zealand berbincang tentang prosedur perundangan yang diperlukan untuk membolehkan Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail berdepan pertuduhan itu dan ini akan dilakukan sejajar dengan undang-undang antarabangsa serta dalam negeri.

"Malaysia dan New Zealand komited dalam memastikan bahawa persediaan untuk memindahkan Muhammad Rizalman kepada pihak berkuasa New Zealand dikendalikan dengan cara yang bijaksana, sejajar dengan proses perundangan serta menghormati hak asasi beliau," menurut kenyataan itu.

Muhammad Rizalman, 38, ditahan polis New Zealand pada 9 Mei tahun ini dan dihadapkan di mahkamah pada hari berikutnya bagi menghadapi tuduhan melakukan pecah rumah dan serangan seksual terhadap seorang wanita berumur 21 dengan niat untuk merogol.

Bagaimanapun, beliau sekeluarga dibawa pulang ke Malaysia pada 22 Mei dan Kementerian Pertahanan mengambil tindakan segera untuk menyiasat kes itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memberitahu sidang akhbar di Putrajaya pada 1 Julai bahawa Muhammad Rizalman dan keluarganya pulang ke Malaysia pada 22 Mei, dengan persetujuan pihak New Zealand.

Beliau berkata, dalam perbincangan tentang perkara itu antara pegawai Malaysia dan New Zealand pada 12 Mei, pihak New Zealand menawarkan pilihan bagi tertuduh untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Menteri Luar New Zealand Murray McCully dilaporkan berkata, kemungkinan wujud kekaburan dalam komunikasi antara kedua-dua negara dalam menangani kes itu.


Artikel Sebelum

Azman Akui Gagal Bantu Isu MB Selangor

Artikel Berikut

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL