suria

Pasukan Keselamatan Di Sabah Dalam Keadaan Berjaga-Jaga Ketika Aidilfitri

KOTA KINABALU: Pasukan keselamatan Malaysia telah mengambil kedudukan di lokasi strategik di sepanjang pantai timur Sabah untuk memastikan Hari Raya Aidilfitri disambut tanpa rasa takut.

Semua unit keselamatan, masing-masing berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak serangan pada 12 JUlai yang mengakibatkan kematian anggota polis Marin Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, dan penculikan Konstabel Zakiah Aleip, 26.

Berikutan laporan berterusan mengenai kumpulan bersenjata Filipina cuba memasuki Sabah, pasukan keselamatan telah melakukan pengawasan yang mana mereka dapat dilihat di Lahad Datu, Semporna, Sandakan dan Kunak serta berdekatan dengan kampung-kampung air.

Komander Esscom Datuk Abdul Rashid Harun menasihatkan orang ramai supaya tidak mendengar khabar angin semasa sambutan Hari Raya memandangkan pasukan keselamatan telah bersiap sedia untuk mempertahankan negara.

"Semua orang boleh menikmati Hari Raya mereka tanpa sebarang rasa takut atau bimbang," kata Abdul Rashid.

Satu perintah berkurung telah dijalankan bermula pukul 6 petang hingga 6 pagi, yang berkuat kuasa pada 19 Julai di Daerah Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau, sehingga 2 Ogos.
Esscomm, Sabah, Aidilfitri

Artikel Berikut

Tiada Catuan Air Di Selangor

Artikel Lain