suria

Tiada Catuan Air Di Selangor

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor tidak akan menjalankan sekali lagi langkah catuan air walaupun berlaku penurunan dalam tahap kapasiti kesemua tujuh empangan di negeri ini.

Exco Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi berkata kerajaan negeri telah mengambil beberapa langkah untuk memastikan paras air adalah mencukupi di empangan.

"Sehingga kini, kerajaan Selangor melalui Lembaga Pengurusan air (Luas), memaksimumkan penggunaan sumber air alternatif dengan mengepam air dari kolam perlombongan di Bestari Jaya ke dalam empangan Sungai Selangor untuk memenuhi permintaan rakyat, "katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.
catuan air, Dr Ahmad Yunus Hairi

Artikel Lain