suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sultan Selangor, Raja Muda Hadir Doa Selamat Sempena Hari Pahlawan 2014

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat ke majlis bacaan Yassin dan doa selamat sempena Hari Pahlawan 2014 di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong di sini, Jumaat.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Majlis yang turut dihadiri Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Selangor Datuk Seri Noh Omar itu diadakan bagi memperingati jasa dan pengorbanan anggota keselamatan kepada negara.

Pada majlis sama, Noh turut menyampaikan cek berjumlah RM340,000 kepada baginda sebagai peruntukan khas daripada Kerajaan Persekutuan untuk membina e-library di masjid itu.

Peruntukan itu telah dijanjikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika beliau menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat Selangor di masjid berkenaan baru-baru ini. 

Sejurus majlis bacaan Yassin dan doa selamat berakhir, Sultan Selangor dan Raja Muda menyertai jemaah lain untuk menunaikan solat Jumaat.

Baginda berdua kemudian bersalaman dengan jemaah yang hadir sebelum berangkat meninggalkan masjid.

Artikel Lain