Air Selangor: Zuraida Tuduh Khalid Abai Rakyat - Semasa | mStar

Air Selangor: Zuraida Tuduh Khalid Abai Rakyat

PETALING JAYA: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dituduh tidak mengendahkan masalah gangguan bekalan air yang dihadapi rakyat di Selangor.

"Beliau sudah nyatakan jaminan tapi gangguan bekalan air masih berlaku dengan kerap terutamanya di kawasan Ampang dan Gombak," kata Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin pada Ahad.

Menurut Zuraida yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), penduduk Ampang berhadapan dengan pelbagai isu bekalan air bersih yang tidak berkesudahan sejak tahun lalu.

Katanya gangguan bekalan air menimbulkan pelbagai kesulitan kepada orang ramai.

"Isu ini timbul apabila masalah air tidak diuruskan dengan baik. Kami sudah penat untuk dengar penjelasan tentang apa yang sudah dibuat bagi menyelesaikan masalah ini.

"Beliau perlu nyatakan dengan jelas langkah yang telah dan akan dibuat untuk menanganinya," katanya.

Tambah Zuraida, jaminan yang diberikan kerajaan negeri berhubung masalah air dilihat umpama janji kosong kerana kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sudah membangkitkan mengenai isu air sejak PRu-13 yang lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Signal dijangka pesaing utama WhatsApp