suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adam Adli Diarah Bela Diri Pertuduhan Beri Ucapan Berbaur Hasutan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa memerintahkan aktivis pembangkang, Adam Adli Abd Halim membela diri terhadap pertuduhan memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah di sebuah dewan, Mei tahun lalu.

Hakim Mat Ghani Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie dan intipati pertuduhan terhadap bekas penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris itu.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 Julai ini untuk Adam Adli, 25, sambung bicara bela diri.

Adam Adli didakwa memberi ucapan dalam ceramah dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang telah tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara tidak sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini antara 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei 2013. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas manakala tertuduh diwakili peguam Eric Paulsen.


Artikel Lain