suria

Presiden Isma Didakwa Atas Tuduhan Menghasut

Abdullah Zaik Abdul Rahman.
KAJANG: Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kajang terhadap tuduhan mengeluar kenyataan menghasut 6 Mei lalu.

Abdullah Zaik, 48, didakwa di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 berikutan kenyataannya yang disiarkan dalam artikel bertajuk ‘Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British ke Tanah Melayu adalah satu pencerobohan’ yang disiarkan dalam laman www.ismaweb.net, sebelum ini.
 
Beliau didakwa melakukan kesalahan tersebut di ibu pejabat Isma di Bangi pada 6 Mei. 

Tertuduh turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan alternatif di bawah Seksyen 4(1) (b) sekyen yang sama. 

Jika didapati bersalah, Abdullah Zaik boleh dijatuhkan hukuman maksimum tiga tahun penjara atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya. 

Ketika memohon untuk mengurangkan ikat jamin, peguam Haezreena Begum Abdul Hamid berkata tertuduh perlu menyara sembilan anak yang berusia antara sembilan hingga 24 tahun dan ini merupakan kesalahan  jenayah yang pertama kali dilakukannya. 

Kira-kira 25 penyokong Isma berkumpul di luar mahkamah sebagai tanda sokongan kepada Abdullah Zaik. 

Abdullah Zaik, Isma

Artikel Lain