Dua Pekerja Pejabat Tanah Dituduh Terima Rasuah - Semasa | mStar

Dua Pekerja Pejabat Tanah Dituduh Terima Rasuah

JOHOR BAHARU: Bekas penolong pegawai tanah kanan dan seorang pekerja rendah awam Pejabat Pentadbir Tanah Kota Tinggi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu terhadap pertuduhan menerima rasuah RM69,000 daripada seorang pengarah syarikat, empat tahun lepas.

Rahmat Abdullah, 51, yang merupakan penolong pegawai tanah kanan didakwa menerima sekeping cek RHB Bank Berhad bernilai RM5,000 daripada Pengarah Saujana Serangkai Sdn Bhd, Rizam Sahar, 34.

Ia sebagai dorongan kepada Rahmat, membantu syarikat itu mendapat kelulusan permohonan membersih dan mengeluarkan saki baki kayu di Mukim Sedili Besar, Kota Tinggi.

Rahmat yang kini bertugas di Pejabat Tanah Pontian dituduh melakukan kesalahan itu di Restoran Pizza Hut, Jalan Niaga, Pusat Perdagangan Kota Tinggi, pada 2 petang, 12 Julai 2010.

Naf' Kamarulzaini Atan, 32, yang merupakan pekerja rendah awam pula berdepan empat pertuduhan iaitu menerima empat keping cek RHB, kesemuanya bernilai RM64,000 daripada Rizam untuk dirinya dan Rahmat sebagai dorongan yang sama antara Mei dan Julai 2010.

Pertuduhan pertama dan kedua melibatkan penerimaan cek bernilai RM45,000 dan RM13,000 didakwa dilakukan di hadapan kedai Elegant Accesories Sdn Bhd, Taman Seraya, Kulaijaya pada 9.30 pagi hingga 10.30 pagi, 31 Mei 2010 dan 11 pagi hingga 11.20 pagi, 4 Jun 2010.

Pertuduhan ketiga melibatkan penerimaan cek RM3,000 pula didakwa dilakukan di LV Car Wash, Jalan Mawai, Kota Tinggi pada 10.30 pagi 18 Jun 2010 manakala pertuduhan keempat melibatkan penerimaan cek RM3,000 didakwa dilakukan di Warung JHLAM, Jalan Mawai, Kota Tinggi pada 10.30 pagi, 8 Julai 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz membenarkan Rahmat yang mempunyai enam anak, dikenakan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin manakala Naf' Kamarulzaini yang mempunyai dua anak, diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan sebutan ditetapkan pada 14 Mei.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa daripada SPRM Ridzuan Abd Malik dan kedua-dua tertuduh diwakili peguam Rosli Kamaruddin.


Kota Tinggi , Pontian

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Ibu, Dua Anak Maut Nahas di Pontian

Gempa Chile, Tiada Tsunami Di Pontian

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain