suria

MH370: Waris Tolak Cadangan Untuk Keluarkan Sijil Kematian

KUALA lUMPUR: Ahli keluarga penumpang MH370 menolak cadangan kerajaan Malaysia untuk mengeluarkan sijil kematian walaupun tiada sebarang bukti 'walaupun kecil' bahawa pesawat itu terhempas dan tiada yang terselamat.

Kenyataan yang dikeluarkan 'United Families of MH370' itu sebagai maklum balas kepada pengumuman yang dibuat Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin, Ahad.

Malah, ahli keluarga terbabit juga meminta supaya kerajaan meneliti semula data satelit apabila memutuskan pesawat itu kemungkinan terhempas di Lautan Hindi.

"Kami, ahli keluarga MH370 percaya sehingga bukti kukuh diperoleh dan mengesahkan pesawat itu terhempas dan tiada yang selamat.

"Oleh itu, pihak terbabit tidak sepatutnya cuba menyelesaikan kes ini dengan mengeluarkan sijil kematian," kata kenyataan itu.

Pada 24 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam sidang media tergempar mengumumkan penerbangaan MH370 'berakhir' di kawasan terpencil di Lautan Hindi.

Kenyataan itu juga meminta kerajaan Malaysia untuk menjelaskan mengapa ia setuju dengan analisis yang diberi oleh Inmarsat, syarikat satelit Britain.

"Mereka gagal berkongsi sebab mengapa mereka menerima sumber tunggal (Inmarsat) bagi analisis yang menggunakan kaedah yang belum digunapakai, sebagai asas utama memberi kesimpulan pesawat tersebut terhempas dan tiada yang terselamat," kata kenyataan itu.

Dalam emel itu juga ditulis, "KAMI CUKUP MARAH, SEDIH DAN TERKILAN!"

Ahli keluarga terbabit juga menimbulkan persoalan mengenai ketiadaan sebarang kajian saintifik ke atas analisis teknikal Inmarsat yang membawa kepada kesimpulan yang diberi Malaysia.

"Kami tidak mengharap mereka dapat menjumpai seluruh pesawat itu, mayat penumpang, ataupun ketahui mengapa kejadian ini berlaku, tetapi kami sedang jangkakan sekadar bukti konkrit, walaupun kecil," katanya.


MH370, sijil kematian, ahli keluarga

Artikel Lain