suria

Malaysia Bolot 3 Anugerah Pelancongan

Pantai Cenang antara tarikan di Pulau Langkawi

New Delhi: Malaysia membolot tiga anugerah pada majlis Anugerah Pelancongan Terbaik Travel + Leisure, baru-baru ini.

Anugerah itu merangkumi Destinasi Hijau Terbaik (Dunia) 2013, manakala Langkawi dipilih menduduki tangga kedua bagi kategori Destinasi Berbulan Madu Terbaik dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang juga memenangi tempat ke dua bagi Lapangan Terbang Terbaik (Dunia).

Pengarah Tourism Malaysia, Manoharan Periasamy berkata, pencapaian bagi kategori Destinasi Hijau Terbaik itu adalah yang kedua berturut-turut, selepas 2012.

"Keindahan semulajadi dan khazanah hutan adalah sinonim dengan Malayaia dan pengiktirafan ini tentu sekali akan menberi semangat untuk meningkatkan usaha bagi meletakkan negara sebagai destinasi pelancongan eco pilihan ramai," katanya.

Manoharan berkata, kejayaan Langkawi kali ini tentu sekali akan mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai destinasi pilihan pengantin baru.

“Langkawi sememangnya terkenal di kalangan warga India. Malah beberapa tahun kebelakangan ini didapati ia semakin menjadi piliihan untuk perancang perkahwinan untuk mengadakan majlis di pulau itu, selain berbulan madu," katanya.

Pulau di utara Semenanjung ini diiktiraf Unesco sebagai Taman Geologi kerana lanskap geologikalnya yang menarik.

Mengenai anugerah itu, pilihan pemenang di buat menerusi undian pembaca Travel + Leisure di mana majalah itu mempunyai lebih 60,000 pembaca di 12 negara sekitar Asia Tenggara.


anugerah, Travel + Leisure, India

Artikel Lain