Hasrat Kerajaan Kelantan Laksana Hudud Harus Difikir Secara Mendalam - Tun Mahathir - Semasa | mStar

Hasrat Kerajaan Kelantan Laksana Hudud Harus Difikir Secara Mendalam - Tun Mahathir

Tun Mahathir Mohamad.
KUALA LUMPUR: Hasrat kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu harus difikir secara mendalam kerana prinsip asas yang perlu ditekankan adalah keadilan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata kerajaan Kelantan dilihat sebagai lebih memberi penekanan kepada bentuk hukuman dalam percubaan mereka untuk mengamalkan undang-undang itu.
 
"Dalam Islam, prinsip yang paling utama adalah keadilan dan terdapat 43 ayat Al-Quran yang menyebut jika menghukum, hukumlah dengan adil. Jika sesuatu itu tidak adil, kita tidak boleh menghukum.
 
 "Negara kita ada orang Islam dan bukan Islam. Jika mencuri, orang Islam kena potong tangan dan orang bukan Islam mencuri kena penjara, adil atau tidak?," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucap tama pada sesi meja bulat 'Managing Rising Costs In The Current Business Environment' di sini, Khamis. 

Sehubungan itu, Dr Mahathir berpendapat cara pelaksanaan undang-undang itu harus diteliti sebaik-baiknya dan tidak hanya dilakukan atas dasar 'keghairahan untuk menghukum'. 

"Islam agama yang adil dan bertimbang rasa. Saya tak fikir keghairahan untuk menghukum adalah apa yang dikehendaki Islam," kata Dr Mahathir. 

Kerajaan PAS Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian untuk melaksanakan hudud di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2)
1993 selewat-lewatnya Disember depan.

Pengerusi Jawatakuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata pihaknya sudah menyiapkan draf untuk tujuan itu dan cuma memerlukan sedikit penambahbaikan serta pandangan daripada pakar perundangan.

Sementara itu, mengulas isu air antara kerajaan Selangor dan kerajaan Persekutuan, Dr Mahathir berkata perbezaan ideologi antara dua pemerintah membawa kepada pelbagai masalah, bukan hanya isu air. 

 "Rakyat pilih kerajaan yang berbeza. Anda pilih kerajaan yang salah, anda tanggung akibatnya," katanya. 



Tun Mahathir Mohamad , hudud , Kelantan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain