suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan Ucap Takziah Kepada Keluarga Karpal Singh

GEORGE TOWN: Kerajaan persekutuan pada Khamis mengucapkan takziah kepada keluarga Karpal Singh atas kematian mendiang dalam kemalangan jalan raya, pada awal pagi tadi.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Karpal Singh adalah seorang anggota Parlimen senior yang begitu gigih dan berani menyuarakan hal-hal berkaitan rakyat, pastinya jasa beliau itu akan terus dikenang.

 "Saya bagi pihak parti (Barisan Nasional) dan kerajaan (Persekutuan) mengucapkan takziah kepada keluarga beliau," katanya pada sidang akhbar selepas pertemuan dengan Umno Pulau Pinang di sini, Khamis.

Bekas pengerusi DAP dan anggota Parlimen Bukit Gelugor itu maut dalam kemalangan di Km306.1 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurong, di Kampar, Perak. Turut terbunuh dalam kemalangan di laluan utara itu ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornelius, 40-an.

Menurut polis, kenderaan Toyota Alphard MPV yang dinaiki Karpal, 74, dan empat orang lain dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang telah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek.

Artikel Lain