suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penghantar Surat Maut Dilanggar Lori Tangki

TEMERLOH: Seorang penghantar surat maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah lori tangki di Km 127 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh di sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Abdul Aziz Salleh berkata dalam kejadian 8.50 pagi itu, Ahmad Dolah, 60, maut di tempat kejadian.

Nahas berlaku ketika mangsa membelok mahu memasuki sebuah stesen minyak di kanan jalan sebelum dirempuh sebuah lori tangki dari arah belakang, menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan dan digilis oleh lori tersebut, katanya kepada pemberita.

Katanya selepas kejadian, pemandu bertindak memandu lorinya dan meninggalkan lokasi nahas.

Polis sedang menjejaki pemandu berkenaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan agar tampil membantu polis, katanya.

Artikel Lain