suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Doktor Swasta Disamun Sekumpulan Empat Lelaki

JOHOR BARU: Seorang doktor swasta disamun sekumpulan empat lelaki dalam satu kejadian di Jalan Harimau Tarum, Taman Century, awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata ketika kejadian, mangsa yang berada di hadapan Bank Standard Chartered pada jam kira-kira 4.30 pagi itu, didatangi empat lelaki yang menaiki tiga buah motosikal dari arah belakang.

"Suspek mengacukan pisau dan meminta menyerahkan barang berharga. Mangsa kemudiannya menyerahkan barang berharga seperti kad bank dan kad kredit dan jam tangan," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau berkata salah seorang suspek kemudiannya membawa lari kereta mangsa Audi TT dan melarikan diri. 

Mangsa, 51, bagaimanapun tidak cedera. 

Sulaiman berkata kerugian dianggarkan sebanyak RM170,000. 

Keempat-empat suspek itu dipercayai menaiki motosikal jenis Kawasaki Kips.

Artikel Sebelum

Artikel Lain