suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Lelaki Dibungkus Kain Cadar Ditemui Di Tepi Jalan

Mayat dipercayai rakyat Myanmar ditemui orang awam di tepi Jalan Perusahaan 4, Bukit Minyak di sini, Isnin.
BUKIT MERTAJAM: Mayat seorang lelaki yang dibungkus dengan kain cadar putih seperti dikafan ditemui di tepi Jalan Perusahaan 4, Bukit Minyak di sini, Isnin.

Mayat dipercayai rakyat Myanmar itu ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan pada pukul 8 pagi.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A.Thaiveegan berkata tiada dokumen pengenalan diri ditemui dan polis tidak menolak kemungkinan mangsa mati di tempat lain sebelum mayatnya diletak di kawasan itu.

Polis juga tidak menemui sebarang kesan kecederaan pada mayat itu, katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau berkata mayat itu dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat 
berhubung kejadian agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Dalam perkembangan lain, Thaiveegan berkata seorang pembantu rumah warga Indonesia maut selepas terjatuh dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Air Itam, George Town dekat sini, Isnin.

Mayat Juwariah Syarpii, 30, ditemui terbaring oleh beberapa penduduk di kawasan berkenaan pada pukul 7 pagi dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Artikel Lain