suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PRK Kajang: Wan Azizah Seru Pengundi Keluar Awal

KAJANG: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang supaya tidak melepaskan peluang  menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi.

Menrutnya, pengundi seharusnya mengambil kesempatan untuk keluar mengundi di awal pagi bagi mengelakkan kesesakan lalulintas.

Beliau ditemui ketika melawat pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Jalan Gereja di sini, Ahad.

Mengiringi beliau ialah Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa.

Ditanya mengenai sambutan kehadiran pengundi yang kurang menggalakkan sejak proses membuang undi dibuka seawal pukul 8 pagi, Wan Azizah mengakui menyedari situasi tersebut.

"Inilah masalah pilihan raya kecil. Tapi saya harap pengundi keluar awal," katanya.

PRK Kajang menyaksikan Wan Azizah bertanding menentang Barisan Nasional (BN) menggantikan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gagal dicalonkan bertanding selepas dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun.

Wan Azizah berhadapan saingan satu lawan satu menentang wakil BN, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Artikel Lain