suria

Wan Azizah Rayu Henti Panggil Boneka

Wan Azizah ketika berkempen di Pasar Sungai Chua, Kajang pada Ahad. Foto NORAFIFI EHSAN / THE STAR
KAJANG: Masuk hari keenam berkempen, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih berusaha meyakinkan pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bahawa beliau mempunyai kredibiliti untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat.

Merayu agar tidak dikaitkan dengan imej suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkali-kali menyatakan bahawa beliau bukan calon boneka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) ini.

"Jangan kata saya boneka...saya bukan boneka.

"Saya ada pengalaman untuk bantu rakyat, tolong jangan panggil saya boneka," katanya ketika berkempen di Pasar Sungai Chua di sini, Ahad.

Sebelum ini media melaporkan bahawa Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menggelar Wan Azizah sebagai boneka Anwar setelah suaminya itu tidak layak menjadi calon.

PKR sebelum ini menamakan Anwar sebagai calon dalam 'langkah Kajang' namun terpaksa membatalkan rancangan mereka selepaa Ketua Pembangkang itu disabitkan bersalah dan dihukum penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Bagaimapun pada Sabtu, Khairy menjelaskan bahawa kenyataannya itu bukan bersifat peribadi atau bertujuan menghina Wan Azizah.

Pada PRK DUN Kajang, Wan Azizah dicabar dalam saingan satu lawan satu antara wakil Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun.

Artikel Sebelum

Artikel Lain