suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan Sentuh Isu Kaum - Guan Eng

Lim (berdiri, tiga, kanan) dan Wan Azizah (berdiri, dua, kanan) ketika berkempen di Pasar Sungai Chua di Kajang pada Ahad. Foto NORAFIFI EHSAN
KAJANG: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa agar mana-mana pihak tidak membangkitkan mengenai isu perkauman ketika kehangatan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang masuk hari keenam.

Tegasnya, latar belakang bangsa dan kepercayaan calon yang bertanding tidak seharusnya dijadikan isu bagi memastikan keharmonian rakyat di negara ini terus dipelihara.

"Jangan bangkitkan isu perkauman. Jangan persoalkan mengapa Pakatan Rakyat kononnya cuba mengurangkan kuota calon Cina apabila mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah (Wan Ismail) sebagai calon.

"Rakyat sudah sedar, politik mengikut kaum sudah lapuk. Sebab itu kita calonkan Kak Wan (Wan Azizah) kerana beliau boleh berkhidmat kepada semua kaum di sini," katanya ketika ditemui di Pasar Sungai Chua di sini, Ahad.

Menerusi PRK DUN Kajang, Wan Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dinamakan sebagai calon bagi menentang wakil Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun.

PRK Kajang diadakan bagi mengisi  kekosongan kerusi DUN Kajang berikutan peletakan jawatan secara mengejut wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu.

Terdapat laporan bahawa ada pihak yang melahirkan kekecewaan apabila PKR menamakan calon Melayu bagi menggantikan kerusi yang dikosongkan Lee.

prk kajang, wan azizah, lim guan eng

Artikel Berikut

Artikel Lain