suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Banting Catat IPU Tidak Sihat Setakat 9 Pagi

KUALA LUMPUR:  Hanya Banting, di Selangor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi Ahad.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di kawasan berkenaan ialah 142, meningkat sedikit daripada bacaan 135 pada pukul 8 pagi.

Sementara itu, 18 kawasan lain mencatat IPU pada paras sederhana termasuk bacaan IPU di kawasan Pelabuhan Klang yang mencatat bacaan 110 tengah malam Sabtu.

Bacaan IPU di Pelabuhan Klang pada 9 pagi ini ialah 86 manakala 32 kawasan lagi berada pada paras yang baik.

IPU pada tahap antara 0-50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

Orang ramai boleh menyemak status IPU di kawasan masing-masing dengan melayari portal http://apims.doe.gov.my.

Artikel Lain