suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

India Tangguh Cari MH370, Tunggu Arahan Baharu Malaysia

NEW DELHI: India pada Ahad menangguhkan pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, di sekitar Kepulauan Andaman dan Nicobar serta Teluk Benga, dan sedang menunggu arahan baharu daripada Malaysia, kata pegawai pertahanan negara itu.

"Keseluruhan operasi kini ditangguhkan. Kita sedang menunggu arahan baharu daripada Malaysia," kata Kolonel Harmit Singh, jurucakap bagi pasukan tentera darat, laut dan udara Indiabagi Kepulauan Andaman dan Nicobar.

"Tiada satu pun pesawat kita berlepas pada hari ini. Malah kapal laut yang terlibat dalam operasi mencari telah bergerak ke pulau lain," kata Singh kepada AFP.

India melakukan pencarian di dua kawasan berasingan di Lautan Andaman dan Teluk Bengal, yang merupakan sebahagian daripada pencarian antarabangsa bagi pesawat yang hilang pada 8 Mac lalu.

Mengenai perkara terbaharu misteri kehilangan pesawat itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu berkata, pesawat itu dengan sengaja dilencongkan dan terbang selama beberapa jam selepas terputus hubungan dari radar.

Singh berkata, enam kapal dan lima pesawat India mengubah haluan pencarian ke Pulau Kamorta di Andaman, dan Kepulauan Nicobar di mana India mempunyai pangkalan tentera laut.

Sumber tentera laut berkata, mereka menunggu seehingga satu sidang media oleh Malaysia pada petang Ahad, di mana India dijangka akan menerima arahan megenai kawasan pencarian baharu. 

Pencarian antarabangsa terhadap pesawat MH370 yang hilang kini menumpukan dua koridor iaitu di Koridor Utara dari utara Thailand sehingga sempadan Kazakhstan dan Koridor Selatan bertumpu dari utara Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi. -AFP

Artikel Lain