suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anwar Selar Media Asing Laporan Kaitkan Kapten MH370

Kapten Zaharie (kiri) dan Anwar.
KAJANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar laporan media asing yang cuba mengaitkan misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dengan fahaman politik juruterbang MH370 yang hilang sejak Sabtu minggu lalu.

Bagaimanapun seperti biasa Ketua Pembangkang itu tetap menyalahkan Umno dengan penyebaran laporan media asing tersebut.

"Hari ini macam-macam laporan media antarabangsa tulis katanya kapten curi kapal terbang sebab sedih dengan keputusan mahkamah yang nak penjarakan saya selama lima tahun.

"Apa punya laporan ni? CNN pun buat laporan macam tu. Kalau nak kata sedih, ramai lagi yang sedih. Orang bawa teksi pun sedih juga...ini bodoh punya Umno," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berceramah di Sungai Chua di sini, Ahad malam.

Awal hari ini <i>The Mail</i>  melaporkan bahawa juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah merupakan penyokong 'obsesif ' kepada Anwar.

Menurut laporan tersebut, beberapa jam sebelum penerbangan itu meninggalkan Kuala Lumpur, difahamkan bahawa Zaharie, 53, menghadiri perbicaraan Anwar Ibrahim di mana pemimpin itu dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.

Zaharie turut disahkan sebagai ahli seumur hidup PKR Cabang Subang.

Sementara itu Anwar ketika ditemui selepas ceramah berkata beliau hanya akan mengulas lanjut mengenai laporan itu pada Isnin.

"Esok...esok. Tunggu esok (untuk ulas)," katanya ringkas.

Artikel Lain