suria

58 Kes Kesihatan Babitkan Keluarga Penumpang, Krew MH370

Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
KUALA LUMPUR: 58 kes membabitkan anggota keluarga penumpang dan kru pesawat MH370 telahpun diberi rawatan pesakit luar dan kaunseling oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan sejak 8 Mac hingga 12 tengah hari Sabtu.

Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata daripada jumlah itu, empat kes dirujuk ke hospital.

"Dua kes dirujuk ke Jabatan Kecemasan, Hospital Putrajaya iaitu satu kes asma dan satu kes mengalami sakit dada. Dua lagi kes biasa iaitu demam," katanya dalam satu kenyataan Sabtu.

Selain itu, beliau berkata sebanyak 16 kes diberi intervensi psikososial yang bertujuan membantu menangani masalah emosi yang 
dihadapi anggota keluarga terbabit.

"Satu daripadanya memerlukan rawatan lanjut dari aspek psikososial iaitu 'Stress Induced Hyperventilation' yang menunjukkan tanda keresahan amat teruk dan telah dirujuk ke Hospital Putrajaya.

"Pesakit kini berada dalam keadaan yang stabil dan sedang dipantau oleh Pasukan Kesihatan Mental dan Respons Psikososial di Hotel Everly," katanya.

Artikel Lain