Media Main Peranan Penting Sebar Maklumat Dasar Kerajaan Kepada Rakyat – Hasan Malek - Semasa | mStar

Media Main Peranan Penting Sebar Maklumat Dasar Kerajaan Kepada Rakyat – Hasan Malek

hasan malek
Hasan Malek (kanan) sedang mendengar penerangan mengenai penerbitan akhbar The Star daripada Wong Chun Wai. Foto YAP CHEE HONG / THE STAR

PETALING JAYA: Media memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan untuk mendidik rakyat mengenainya, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau turut mengambil contoh seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), yang akan dilaksanakan pada April 2015.

"Sebanyak 160 negara telah pun melaksanakan GST dan kita (Malaysia) merupakan salah satu yang terakhir di rantau Asean. Kita berada di landasan yang betul. Pihak media perlu memberitahu rakyat mengenai kenapa GST digunakan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi lawatan bersama wakil-wakil kementerian ke Star Publications (M) Bhd di Menara Star pada Rabu.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Alias ​​Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha, Datuk Zaidon Asmuni dan Pengarah penguatkuasaan Roslan Mahayuddin.

Ketua Editor Kumpulan The Star, June Wong (kiri) memberi penerangan mengenai kerja-kerja editorial kepada Hasan (duduk) sambil diperhatikan oleh Alias (berdiri, dua, kanan) dan Roslan (kanan).

Mengenai kerjasama media dengan kerajaan, Alias ​​berkata: "Kita perlu adakan kerjasama dan persefahaman untuk memberi pemahaman kepada rakyat bahawa kerajaan mempunyai banyak dasar-dasar yang baik.

Bagaimanapun katanya, segelintir tidak melihatnya kerana persepsi daripada pihak tertentu seperti menerusi maklumat di media-media sosial.

“Sehubungan itu, kami memerlukan ruang untuk kami menilai dan memberi penjelasan mengenai apa yang kerajaan telah lakukan untuk rakyat," katanya.

Hasan (dua, kanan) dan Chu Wai (kanan) beramah mesra bersama Zaidon (kiri), Alias (dua, kiri) dan Pengerusi Kumpulan Star Radio, Borhanuddin Osman (tengah) di ruang galeri Star Publications. 

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Star Publications, Datuk Seri Wong Chun Wai berkata, lawatan itu membantu mengukuhkan kerjasama antara kementerian dan organisasi media.

"Sebagai sebuah akhbar dan kumpulan media, kami meliputi banyak isu yang memberi kesan kepada orang awam, seperti inflasi, kos sara hidup dan banyak lagi.

"Kita boleh menjadi rakan kongsi bersama kerajaan dalam proses membawa negara ini ke satu platform pembangunan yang baharu," katanya.

Beliau menambah, Star Publications boleh membantu Kementerian untuk menyampaikan pelbagai mesej kepada orang ramai melalui pelbagai platform seperti akhbar, kandungan digital , radio dan televisyen.

hasan malek , alias ahmad , wong chun wai , kpdnkk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain