suria

Suami ADUN Sungai Tiang, Suraya Yacoob Meninggal Dunia

ALOR SETAR: Suami Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob iaitu Syed Al Fandi Syed Mansor Barakbah, 47, meninggal dunia pada petang Selasa.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Putra (PMC) di sini selepas mengalami jangkitan kuman dalam kepala.

Jenazah dijangka dikebumikan pada pukul 6 petang, Selasa di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Bukhary.

Suraya merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri.

Pada tahun 2010, Suraya kehilangan anak lelaki kedua daripada tiga beradik apabila kanak-kanak berusia 12 tahun itu maut dalam kemalangan jalan raya.

Dalam kemalangan di Jalan Kuala Kedah itu, Syed Arif Syed Alfandi telah dirempuh kereta semasa melintas jalan pada pukul 8 pagi.

Artikel Lain