Lebih 1,000 Dipindahkan Di Kelantan - Semasa | mStar

Lebih 1,000 Dipindahkan Di Kelantan

KOTA BARU: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di dua jajahan di Kelantan pagi ini terus bertambah kepada seramai 1,050 orang berbanding seramai 897 orang pada Sabtu malam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan berkata jajahan Jeli merupakan mangsa teramai yng dipindahkan iaitu seramai 999 orang yang kini ditempatkan di empat buah pusat pemindahan.

"Mereka dipindahkan di Sekolah Kebangsaan Legeh, Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas, Masjid Kampung Gemang dan Masjid Sungai Satan," katanya.

Di Tanah Merah pula mereka yang dipindahkan hanya membabitkan seramai 51 orang yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kulim.

Katanya kesemua mangsa itu terdiri daripada 178 buah keluarga yang dipindahkan berikutan limpahan air Sungai Golok di Jenob sejak pagi semalam.

Bacaan paras air sungai itu pada pukul 8 pagi ini adalah 24.03 meter iaitu melepasi paras bahaya 23.50 meter.

Penduduk di Rantau Panjang, Pasir Mas pula dinasihatkan supaya mengambil langkah bersiap sedia untuk berpindah berikutan paras ais Sungai Golok di Rantau Panjang kini telah melepasi paras bahaya.

Paras bacaan kini adalah 9.43 meter melepasi paras bahaya 9 meter dan sungai-sungai utama lain juga dilaporkan terus meningkat namun belum mencecah paras bahaya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lelaki Mabuk Rosakkan Tujuh Mesin ATM

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain