suria

Guan Eng Mahu SPRM Siasat Isu Beli Mercedes

Lim Guan Eng tiba di sebuah hotel di Pulau Pinang menaiki kereta baharu Mercedes-Benz S300L yang dibeli kerajaan negeri dengan harga RM298,263.75 baru-baru ini.
Lim Guan Eng tiba di sebuah hotel di Pulau Pinang menaiki kereta baharu Mercedes-Benz S300L yang dibeli kerajaan negeri dengan harga RM298,263.75 baru-baru ini.

PETALING JAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengalu-alukan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembelian kereta mewah Mercedes-Benz S300L bernilai RM657,218.

Menurut Lim, beliau dan kerajaan negeri sedia memberikan kerjasama sepenuhnya mengenai isu pembelian kereta baharu untuk kegunaan rasminya baru-baru ini.

"Kami bersedia untuk mengalu-alukan pihak SPRM membuat sebarang siasatan kerana kerajaan negeri melaksanakan urus tadbir yang bersih dan tidak ada sebarang unsur yang perlu disembunyikan," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Sebelum ini Lim mempertahankan keputusan majlis mesyuarat kerajaan negeri untuk membeli Mercedes-Benz S300L sebagai kereta rasmi beliau dengan harga RM298,263.75 berbanding harga biasa iaitu RM657,218.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain