suria

Kerajaan Perlu Fikir Langkah Lebih Baik Untuk Rakyat - Liow

Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Datuk Seri Liow Tiong Lai.

PETALING JAYA: Kerajaan perlu memikirkan langkah yang lebih baik untuk membantu rakyat berhadapan dengan kenaikan harga, kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, kerajaan perlu berhemat dalam perbelanjaan serta meningkatkan ekonomi dan daya negara saing bagi membolehkan Malaysia untuk terus bertahan dalam pasaran global.

"Saya tahu ramai orang yang berjuang untuk memenuhi keperluan itu. Rasionalisasi subsidi menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup.

"Oleh itu, kerajaan perlu dilihat melakukan lebih banyak untuk rakyat, dengan menggunakan apa yang diamalkan itu.

"Ia perlu lebih menumpukan golongan mestiyang memerlukan atau kumpulan sasaran, terutamanya golongan miskin dan sederhana.

"Terdapat juga cabaran untuk meningkatkan ekonomi dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat.

"Walaupun ini adalah satu fenomena dunia yang dihadapi oleh hampir setiap kerajaan, kita perlu memikirkan langkah-langkah yang lebih baik untuk membantu rakyat," katanya.

Mengenai politik, Liow yang merupakan Ahli Parlimen Bentong berkata, jurang politik dan ekstremisme kaum menjadi serius selepas pilihan raya umum 5 Mei lalu dengan orang Melayu dan bukan Melayu mempunyai pandangan mengenai politik yang berbeza.

"Tugas untuk menggalakkan keharmonian dan perpaduan di negara ini semakin mencabar.

"Sudah tentu, ini telah diburukkan lagi dengan pihak yang mengambil kesempatan demi kepentingan politik.

"Terdapat keperluan amat penting untuk mengukuhkan asas negara terhadap keharmonian dan perpaduan, termasuk semangat inklusif, memberi dan menerima, cinta kepada negara dan meletakkan negara berbanding diri sendiri.

"Semua ini akan memacu perjalanan negara dalam persekitaran yang semakin mencabar di dalam dan di luar negara.

"Saya yakin Perdana Menteri dan kerajaan dapat memikirkan langkah-langkah yang baik untuk mengatasi kepelbagaian cabaran ini.

"Kita sangat stabil dari segi politik , dan Barisan Nasional sebagai parti pemerintah, mesti kuat dan bersatu padu untuk ia memikirkan langkah-langkah bagi mengukuhkan ekonomi dan membantu meringankan beban rakyat.

"Perdana Menteri kita bekerja keras untuk membawa ekonomi negara dengan menarik banyak pelaburan asing.

"Hubungan dengan China dan Amerika Syarikat akan dipertingkatkan lagi untuk membantu meningkatkan ekonomi negara kita ," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain