Polis Kawal Gereja, Elak Insiden Tidak Diingini - Semasa | mStar

Polis Kawal Gereja, Elak Insiden Tidak Diingini

PETALING JAYA: Polis akan bertugas mengawal sekitar gereja pada Ahad walaupun Umno Selangor mengumumkan mereka tidak akan mengadakan sebarang demonstrasi di hadapan gereja berhubung isu penggunaan kalimah Allah di kalangan orang bukan Islam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan mengesahkan anggotanya akan dikerahkan untuk berkawal bagi memastikan tiada insiden tidak diingini berlaku.

"Kami sentiasa bersedia (untuk sebarang kemungkinan).

"Apa saja yang mereka (Umno Selangor) atau kumpulan lain katakan sama ada untuk mengadakan demonstrasi atau tidak, kami harus berwaspada. Ia tugas kami," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Terdahulu, Shukri meminta sesiapa saja supaya bertenang dan bertindak rasional berhubung isu sensitif tersebut.

Beliau turut menggesa mereka yang merancang untuk mengambil tindakan lain - termasuk menghantar memorandum kepada pihak gereja - untuk mempertimbangkan semula rancangan mereka.

Shukri berkata, terdapat cara yang lebih baik berbanding berarak dalam satu kumpulan yang besar untuk menyerahkan memorandum tersebut.

Beliau turut memberi amaran kepada orang ramai bahawa tindakan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 akan dikenakan terhadap mana-mana kumpulan yang mengadakan perhimpunan haram.

"Namun sekiranya mereka mematuhi arahan polis untuk bersurai, tiada tindakan akan diambil," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain