suria

Najib Ucap Terima Kasih Kepada Dua Juta Rakan Facebook

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan Facebook beliau, yang kini berjumlah dua juta, atas sokongan dan kritikan mereka sejak beberapa tahun lepas.

"Saya teruja apabila mendapat tahu bahawa dua juta orang telah bersama-sama saya dalam perjalanan saya dengan Facebook sejak ia bermula pada 2009. Terima kasih bagi semua galakan, sokongan dan malahan kritikan dalam laman saya sejak empat tahun lepas," katanya dalam posting di Facebook Jumaat.

Gambar khas turut dimuatkan di laman Facebook perdana menteri, memaparkan bendera kebangsaan 'Jalur Gemilang' yang dihasilkan daripada 'thumbnails' pengikutnya yang beliau sifatkan sebagai 'nation-builders' (pembina-pembina negara).

Najib turut mendedikasikan microsite khas untuk rakan-rakan Facebook beliau sebagai penghargaan terhadap sokongan mereka dalam usaha pembinaan negara di http://1malaysia.com.my/2millionFB/.

"Lihat jika anda dapat kesan kelibat diri anda dalam bendera!," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

5,607 Mangsa Banjir di Pahang

Artikel Lain