Penutupan Lorong Di Lebuhraya Persekutuan Pada Isnin Dan Selasa - Semasa | mStar

Penutupan Lorong Di Lebuhraya Persekutuan Pada Isnin Dan Selasa

KUALA LUMPUR: Laluan Lebuhraya Persekutuan di KM6.8 hingga KM6.6 Sungai Rasau (arah Klang) akan ditutup pada Isnin dan Selasa ini bagi membolehkan kerja-kerja pemasangan rusuk jambatan projek pembinaan bertingkat dari Lebuhraya Persekutuan ke Kawasan Pembangunan Seksyen 7 di Shah Alam.

Menurut kenyataan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini penutupan itu adalah dari 11 malam hingga 5 pagi.

Berikutan itu, satu laluan kontra akan dibuka pada waktu berkenaan di KM6.6 hingga KM6.8 (arah Kuala Lumpur) pada Isnin dan Selasa.

Para pengguna dinasihat mematuhi semua papan tanda serta arahan dikeluarkan oleh PKNS. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia