Kementerian Pendidikan Tidak Tetapkan Tempoh Khidmat Guru Di Pedalaman - Semasa | mStar

Kementerian Pendidikan Tidak Tetapkan Tempoh Khidmat Guru Di Pedalaman

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan tidak menetapkan tempoh perkhidmatan guru-guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching.

Beliau berkata adalah tanggungjawab, hak dan inisiatif guru yang berkhidmat di pedalaman untuk memohon bertukar ke tempat lain.

"Pegawai Pekhidmatan Pendidikan yang berkhidmat di kawasan pedalaman menikmati beberapa keistimewaan iaitu elaun khas mengikut lokasi dan tahap kesusahan atau bayaran insentif pedalaman, bayaran insentif tetap perumahan dan elaun balik kampung.

"Insentif berkenaan bertujuan menampung hidup di kawasan pedalaman. Kementerian Pendidikan sudah jalankan kajian mengenai impak serta penambahbaikan elaun sedia," katanya.

Yap berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) yang bertanyakan sama ada Kementerian Pendidikan menetapkan tempoh khidmat guru di kawasan pedalaman.

Guru-guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman turut dilantik sebagai guru cemerlang dan diberi peluang pembangunan kerjaya melalui penyertaan dalam forum dan seminar, kata Yap.

"Memang majoriti guru di kawasan pedalaman berkhidmat di kawasan kaum masing-masing sebagai contoh majoriti guru Iban di Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai, Sarawak dan majoriti guru di Semporna adalah kaum Bajau.

"Kaum lain turut dihantar berkhidmat ke kawasan pedalaman kerana dasar Kementerian Pendidikan ialah menggalakkan integrasi nasional," kata Yap. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain