suria

Peguam Disalah Tangkap, Dituduh Liwat Dianugerah RM16,500

SEREMBAN: Seorang peguam yang disalah ditangkap dan dituduh meliwat seorang pengawal keselamatan 12 tahun lalu telah dianugerahkan RM16,500 sebagai ganti rugi oleh Mahkamah Tinggi di sini, Selasa.

Anthony Fernandez, 58, yang meminta RM5 juta sebagai ganti rugi teruk dan teladan, dan penderaan mental, telah memfailkan saman terhadap kerajaan dan lima yang lain pada 9 Disember 2003 kerana fitnah dan salah membuat tangkapan.

Beliau secara salah telah dituduh oleh polis yang mendakwanya meliwat Norashid Yusof, yang berusia 23 tahun pada ketika itu di dalam tandas di Terminal 1 stesen bas di sini pada 17 Februari 2001.

Walau bagaimanapun, mangsa segera menarik balik laporannya bahawa Fernandez adalah orang yang telah menyerangnya dan berkata orang yang menyerangnya adalah seseorang yang menyerupai peguam itu.

Fernandez, ketika ditemui di luar mahkamah, menyifatkan jumlah yang diberikan oleh Penolong Pendaftar Kanan Nur Syafawati Arufin sebagai sangat rendah dan beliau akan membuat rayuan.

Artikel Lain