suria

Lapan Suspek Ditahan Dalam Ops Cantas Khas

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur menahan lapan individu menerusi Ops Cantas Khas dalam tempoh 24 jam lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata mereka adalah antara 448 orang yang diperiksa di sekitar ibu negara.

"Tangkapan itu membabitkan suspek pelbagai kesalahan seperti menyamar sebagai penjawat awam, mencuri kenderaan, samun bersenjata, samun berkawan dan ugutan jenayah," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Selain itu, polis juga memeriksa 207 buah kenderaan dalam tempoh yang sama, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain