suria

Suspek Culik Antara 10 Individu Diberkas Dalam Operasi OPS Cantas Khas

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur menahan 10 individu menerusi Ops Cantas Khas dalam tempoh 24 jam lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Sallah berkata mereka antara 316 orang yang diperiksa oleh polis di sekitar ibu negara.

Tangkapan itu membabitkan suspek pelbagai kesalahan seperti culik, menyamar penjawat awam, curi kenderaan dan samun berkawan, katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Selain itu, polis juga memeriksa 123 buah kenderaan dalam tempoh yang sama, katanya.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain