suria

Malindo Air Beri Diskaun 50 Peratus Kepada Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR: Malindo Air, syarikat penerbangan hibrid Malaysia, menawarkan diskaun 50 peratus bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun bagi semua penerbangannya.

Tawaran berkenaan yang bersempena cuti sekolah adalah untuk membantu meringankan beban ibu bapa dan memenuhi permintaan orang ramai bagi pilihan perjalanan mudah, demikian menurut syarikat itu dalam satu kenyataan.

"Tempahan bagi tawaran istimewa ini boleh didapati mulai sekarang hingga 15 NovEMBER, 2013 dan tempoh perjalanan sehingga 31 Januari, 2014," katanya.

Malindo Air juga menawarkan tambang kelas perniagaan istimewa. Bagi setiap dua tiket kelas perniagaan yang dibeli bagi perjalanan ke mana-mana destinasi di Malaysia, tambangnya hanya RM888. Dua tiket kelas perniagaan ke Jakarta atau Bali hanya pada RM1,298.

Tempahan untuk tawaran kelas perniagaan ini juga boleh didapati mulai sekarang hingga 15 November 2013, dan tempoh perjalanan sah dari sekarang hingga 31 Januari 2014. - BERNAMA

Artikel Lain