Pengintipan AS Menjejaskan Kedaulatan Negara - Khairy - Semasa | mStar

Pengintipan AS Menjejaskan Kedaulatan Negara - Khairy

PETALING JAYA: Laporan mengenai tindakan Amerika Syarikat (AS) mengintip aktiviti di beberapa buah negara di dunia menimbulkan persoalan mengenai keikhlasan hubungan diplomatik negara berkenaan, kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Dalam satu kenyataan, Menteri Belia dan Sukan itu berkata operasi perisikan yang dilakukan oleh AS itu boleh menjejaskan kedaulatan negara yang menjadi sasaran.

Khairy berkata kenyataan Duta AS ke Malaysia, Joseph Y. Yun bahawa kemudahan pengintipan AS yang diwujudkan di negara terlibat termasuk Malaysia dikatakan hanya untuk mengawasi sebarang aktviti pengganas dan senjata pemusnah yang digunakan secara meluas, memang tidak boleh diterima sama sekali.

"Jika AS benar-benar ikhlas mengenai hubungan kerjasama dengan negara kita, mereka sudah pasti boleh meminta bantuan, dan mengekalkan kerjasama rapat serta berkongsi maklumat mengenai ancaman yang berlaku dengan pihak berkuasa di Malaysia, seperti polis dan tentera untuk mengambil tindakan yang selanjutnya," kata Khairy.

Beliau menyifatkan tindakan pengintipan yang dilakukan itu sama seperti 'AS memandang rendah kemampuan perisikan dan keselamatan negara serta melemahkan kedaulatan serta keupayaan pihak berkuasa di Malaysia.

Justeru, sayap Pemuda Umno menggesa Kementerian Luar segera mengambil tindakan dengan mendesak Kedutaan AS menjelaskan mengenai kesahihan laporan yang mendakwa wujudnya aktiviti pengintipan dijalankan terhadap kerajaan Malaysia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain