Tiada Warga Malaysia Terkorban Akibat Ribut St Jude - Semasa | mStar

Tiada Warga Malaysia Terkorban Akibat Ribut St Jude

LONDON: Kira-kira 1,000 pelajar Malaysia yang menuntut di daerah-daerah terjejas di United Kingdom berikutan ribut St Jude yang melanda Barat Daya England dan Wales selamat pada masa ini, kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Seri Zakaria Sulong.

Bercakap kepada pemberita di sini pada Isnin, beliau berkata banyak kerosakan dilaporkan di sekitar kawasan berkenaan terutama di Cardiff, Swansea and Bristol.

"Setakat ini, tiada laporan mengenai kecederaan atau kerosakan akibat ribut itu yang melibatkan pelajar kita atau masyarakat Malaysia yang tinggal di kawasan ini," kata beliau.

Terdapat 488 pelajar Malaysia ketika ini di Cardiff, 234 di Bristol dan selebihnya di Swansea.

Zakaria berkata, kira-kira 70,000 rakyat Malaysia dianggarkan tinggal di United Kingdom termasuk 14,500 pelajar.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) agak kecewa kerana tidak dapat pergi ke Manchester untuk mengunjungi masyarakat Malaysia di sana.

"Beliau akan cuba pergi ke Manchester pada masa lain," kata beliau.

Terdahulu, Najib, yang dijadual memulakan hari pertama lawatannya ke Manchester pada Isnin, terhalang oleh ribut tersebut.

Perdana Menteri sepatutnya menaiki pesawat kerajaan dari Luton ke Manchester untuk menghadiri majlis '1Malaysia for Youth' (iM4U) dan bertemu dengan masyarakat setempat yang tinggal di Manchester.

Ribut St Jude terburuk dalam sedekad lalu, dilaporkan bertiup pada kelajuan lebih 100 batu sejam dan kini menuju Denmark dan Jerman.

Sekalipun berlaku pembatalan itu, Najib akan tetap menghadiri majlis jamuan dihos oleh City of London Corporation lewat Isnin di Old Library Guildhall, Gresham Street, bersempena Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-9 dari 29 Oktober hingga 31 Oktober.

Najib, yang tiba di London awal pagi Ahad dari Kuala Lumpur, berada di sini untuk lawatan kerja ke UK dari 27 hingga 31 Oktober. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Tas Tangan Ahli Parlimen Batu Kawan Dicuri

Artikel Berikut

TPM Tidak Perkecil Azizan - Mukhriz

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain