suria

Jalim Lantik Paimuzi Yahya Pengarah Baharu Jawi

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengumumkan pelantikan Paimuzi Yahya sebagai Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang baru, berkuatkuasa pada Rabu.

Paimuzi, 52, menggantikan Datuk Che Mat Che Ali yang tamat kontrak perkhidmatan pada 6 Ogos lalu.

Menurut kenyataan Jakim di sini hari ini, Paimuzi telah berkhidmat dengan Jakim selama 27 tahun dan merupakan lulusan peringkat ijazah dan sarjana dalam bidang Syariah dari Universiti Malaya.

Paimuzi pernah berkhidmat sebagai Pegawai Agama Daerah Rembau dan Ketua Penolong Pengarah di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

"Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Darul Quran, Pengarah Bahagian Pembangunan Insan, Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia dan Pengarah Jakim Cawangan Sabah," menurut kenyataan itu.- BERNAMA

Artikel Lain