suria

Sistem Pemilihan Baharu Umno Model Terbaik Untuk Dicontohi MIC - Dr Subra

MELAKA: Sistem pemilihan baharu Umno yang memberikan hak bertanding dan mengundi kepada akar umbi merupakan model terbaik untuk dicontohi parti komponen Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Menteri Kesihatan itu berkata pemilihan itu dilihat berkesan bagi memilih pemimpin yang mampu menerajui parti dengan cemerlang kerana memberikan demokrasi yang lebih luas dalam parti tersebut.

"Saya ucapkan tahniah kepada Umno kerana melaksanakan satu sistem pemilihan yang amat baik dan harap parti lain akan ikut sistem ini termasuk MIC," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Persidangan Hala Tuju Kementerian Kesihatan selama dua hari berakhir, Ahad.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammudddin Tun Hussein kerana dipilih semula sebagai naib presiden Umno. - BERNAMA

Artikel Lain