suria

Polis Marin Semporna Gagal Cubaan Seludup 2,700 Liter Petrol

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 2,700 liter petrol ke negara jiran dengan menggunakan tiga buah bot pam di perairan Pulau Timbun Mata dan Tanjung Sirongol pada Jumaat.

Komander PPM Sabah ACP Mohammad Madun berkata bahan api berkenaan dirampas dari ketiga-tiga bot berkenaan antara pukul 7 malam hingga 7.30 malam ketika bot-bot itu dipercayai dalam perjalanan ke negara jiran berkenaan.

"Sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Pemerintah PPM Semporna ASP Mat Zawawi Yaacob memintas ketiga-tiga bot itu. Hasil pemeriksaan ke atasnya menemui 90 buah tong yang mengandungi 2,700 liter petrol," katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Menurut Mohammad, enam individu warga asing yang berumur antara 20-an hingga 50-an turut ditahan. -BERNAMA

Artikel Berikut

13 Wanita Ditahan Kerana Berjudi

Artikel Lain