suria

Kota Bharu: Fatmi Kekalkan Jawatan Ketua

KOTA BHARU: Bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh mengekalkan jawatan Ketua Umno, Bahagian kota Bharu selepas menewaskan Datuk Ahmad Rastom Ahmad Maher yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Perwakilan Umno bahagian tersebut memberikan sebanyak 332 undi kepada Mohamad Fatmi manakala Ahmad Rastom menerima 286 undi.

Bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Mohamed Hasnan Che Hussin mengejutkan penyandang jawatan tersebut, Datuk Wan Ab. Ghani Wan Yusuf.

Mohamed Hasnan mendapat 331 undi sementara Wan Ab. Ghani mendapat 254 undi. Dua lagi pencabar jawatan itu, Mohd. Nadery Yusoff memperoleh 26 undi manakala Wan Rosdi Mat Rasik mendapat lima.

Dalam pada itu, bekas Ketua Pemuda UMNO Kota Bharu, Datuk Rosmadi Ismail menewaskan Datuk Kamarudin Abdullah untuk jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian itu.

Rosmadi menerima 329 undi manakala Kamaruddin 266 undi.

Artikel Berikut

13 Wanita Ditahan Kerana Berjudi

Artikel Lain