suria

Pemilihan Umno: Shafie Yakin Pertahan Jawatan

KULAIJAYA: Penyadang Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memutuskan untuk mempertahankan jawatannya kerana percaya beliau masih mampu menyumbang kepada parti dan juga kerajaan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata, beliau yakin dengan petanda baik pada pemilihan itu berdasarkan maklum balas dan gerak-geri badan penyokong ketika turun padang bertemu mereka.

Shafie berkata, daripada 133 kerusi yang dimenangi Barisan Nasional pada PRU-13, Mei lalu, 122 kerusi adalah di kawasan pedalaman dan kementerian patut dipuji di atas usaha mereka mendekati pengundi.

Selepas mengadakan lawatan ke Pusat Tranformasi Luar Bandar di sini Khamis, Shafie berkata beliau yakin ahli parti sudah matang untuk menilai sumbangannya dan membuat keputusan dengan baik pada pemilihan parti Sabtu ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain