suria

Semangat Macam Tegar Harus Ada Dalam Diri Artis Baharu

Lagu nyanyian Tegar semakin popular di Malaysia
Lagu nyanyian Tegar semakin popular di Malaysia
Lagu nyanyian Tegar semakin popular di Malaysia

ADOIII…

LAGU Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang yang dinyanyikan kanak-kanak Indonesia iaitu Tegar Septian semakin popular.

Lagui nyanyian kanak-kanak berusia 12 tahun ini mengisahkan kehidupannnya yang susah, hidup di jalanan dan tak mampu bersekolah kerana kemiskinan.

Lagu itu menceritakan 100 peratus kisah hidup kanak-kanak ini yang tidak mempunyai apa-apa sebaliknya sebuah gitar kecil untuk menghiburkan orang di tepi-tepi jalan

Lebih menyedihkan, kanak-kanak ini pada usia kecilnya sudah terlibat dengan gejala tidak bermoral seperti menghisap rokok dan menghidu gam.

Itu adalah sebahagian daripada kisah buruknya

Tetapi saya melihat daripada sudut positif mengenai usaha kanak-kanak ini,. Walaupun dia tidak boleh membaca tetapi dia mempunai semangat juang yang tinggi, sama seperti Datuk Siti Nurhaliza.

Siti semasa remajanya “melatih” vokal dengan menjual kuih dari rumah ke rumah di berek polis Kuala Lipis Pahang.

“Kuihhh... kuihh...” kata Siti. Selain itu Siti juga kerap menyanyi untuk majlis-majlis anjuran pihak polis di sekitar Kuala Lipis. Dan berkat usaha gigih Siti itu, beliau kini berada gah di singgahsana.

Begitu dengan Tegar yang tidak punyai apa-apa pun malah hidupnya lebih buruk daripada Siti Nurhaliza dan kanak-kanak lain di negara kita ini.

Tapi Tegar ada usaha. Dari kecil dia sudah belajar bermain muzik. Wang yang diperoleh daripada kerja-kerja menjadi penyanyi jalanan, selain dihabiskan membeli rokok dan gam, dia juga ke kafe siber untuk melihat bagaimana bakatnya boleh diasah.

Malah dia yang tidak boleh membaca mengetahui kelemahannya dengan menghafal lagu-lagu yang diminati untuk dinyanyikan di tepi-tepi jalan bagi mendapatkan wang demi sesuap nasi.

Usaha seperti Tegar dan Siti ini tidak dipunyai oleh semua orang.

Artis-artis baru pada hari ini walaupun mempunyai kelulusan yang tinggi, mereka beranggapan ia sudah cukup untuk mengangkat nama mereka dalam dunia hiburan.

Itu semua silap. Belajarlah setinggi gunung pun tetapi jika malas berusaha, tiada gunanya juga.

Saya melihat artis-artis baharu sekarang hanya lebih suka mengejar glamor. Sebab itulah ketika ini lebih ramai orang yang mahu jadi artis daripada hendak berlumba-lumba masuk universiti.

Seorang pengarah bercerita kepada saya, ada pelakon baharu, muka macho tetapi bila di depan kamera, lakonan menjadi hancur lebur. Sebab kerana tiada ilmunya.

Lihat sahaja Tegar. Dia mengakui kehidupannya amat miskin tetapi cita-citanya besar untuk menyara keluarga. Maka dia menjadikan kekurangannya itu untuk mendapatkan ilmu iaitu dengan belajar bermain gitar, menyanyi di jalanan dan juga melihat karya-karya orang lain di Internet.

Usahnya itu membuahkan hasil apabila lagu nyanyian dengan kelunakan suaranya berjaya menyentuh hati pendengar termasuklah di negara ini.

Kata tegar, dia sekarang sudah mampu membelikan motosikal dan juga sebuah rumah untuk keluarganya.

Mengetahui kepentingan ilmu, dia juga mampu menggaji seorang guru untuk mengajarnya membaca.

Tetapi berapa ramaikan di kalangan artis kita yang mempunyai semangat untuk berjaya seperti Tegar?

NIEZAM: Kadang-kadang tegar juga!

Artikel Lain