suria

Hamisa Digesa Dedah Individu Didakwa 'Gertak' Perwakilan

TAWAU: Ketua Wanita Umno Kalabakan Datuk Hamisa Samat digesa mendedahkan nama individu yang didakwanya "menggertak" perwakilan menjelang mesyuarat perwakilan dan pemilihan sayap Umno pada 12 Oktober ini.

Naib Ketua Umno Bahagian Kalabakan Ismail Ait berkata pendedahan itu perlu dilakukan bagi membolehkan tindakan seterusnya.

"Kita tidak mahu perwakilan takut untuk mengundi calon pilihan mereka. Jika dakwaan itu benar tindakan perlu diambil selepas pemilihan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini, sebagai reaksi kepada kenyataan Hamisa yang disiarkan oleh akhbar tempatan hari ini.

Sementara itu Ismail juga berharap perwakilan akan membuat pilihan yang tepat pada hari pengundian, demi kesinambungan hala tuju dan perjuangan parti. -BERNAMA

Artikel Lain