Calon BN Sungai Limau Diumum 21 Oktober - Mukhriz - Semasa | mStar

Calon BN Sungai Limau Diumum 21 Oktober - Mukhriz

ALOR SETAR: Barisan Nasional (BN) Kedah kini bersedia menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dan akan mengumumkan nama calon yang akan bertanding bagi kerusi DUN itu, pada 21 Oktober ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata pihaknya sememangnya telah mula membuat persiapan sejak dari awal dan jentera parti juga sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

"Untuk tujuan itu (PRK) Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan turun ke Kedah dan melawat DUN Sungai Limau pada 8 Oktober ini, antara lain bertujuan untuk berbincang dengan pihak kami (BN negeri) mengenai persiapaan menghadapi PRK ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Jabatan-jabatan Agama Islam Kedah di sini, Khamis.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya masih belum memutuskan dan sedang berusaha untuk menyenarai pendekkan nama calon yang akan bertanding.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini mengumumkan tarikh PRK DUN Sungai Limau pada 4 Nov manakala hari penamaan calon ditetapkan 23 Oktober ini.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.

Mengenai tarikh penamaan calon yang hampir dengan pemilihan Umno, Mukhriz berkata perkara itu harus diterima kerana ia telah ditetapkan SPR.

"Kalau dah diputuskan, kita terpaksa menerimanya walaupun dari segi masa contohnya untuk saya sendiri, berkempen pun akan jadi sedikit tersekat.

"Tetapi tak apa, tugas dan tanggungjawab lebih kepada PRK ini... bila-bila kita bersedia, ia tak dianggap sebagai merugikan," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain