Pindaan Akta Pencegahan Jenayah Untuk Perangi Jenayah Terancang - PM - Semasa | mStar

Pindaan Akta Pencegahan Jenayah Untuk Perangi Jenayah Terancang - PM

NEW YORK: Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa pindaan ke atas Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 yang dicadangkan kerajaan adalah lebih khusus untuk memerangi jenayah terancang.

Perdana menteri berkata ia bukan hendak mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Najib berkata ISA berbeza daripada PCA kerana ISA memberi kuasa begitu luas untuk menahan seseorang individu tanpa proses mahkamah sebaliknya kuasa itu diberikan kepada pihak polis dan Menteri Dalam Negeri.

"Tetapi kali ini (di bawah pindaan akta) keputusan akan dibuat oleh pihak hakim, jadi kalau polis menahan sesiapa, ia perlu menyakinkan pihak hakim bahawa individu tertentu ini perlu ditahan," kata Najib pada sidang akhbar sempena berakhir lawatan kerja beliau ke San Francisco dan New York, Amerika Syarikat, dari 22 Sept hingga semalam.

"Dan kita akan pastikan tidak berlaku penganiayaan terhadap sesiapa," katanya sambil menegaskan bahawa seseorang itu tidak ditangkap hanya kerana mempunyai pendirian dan ideologi politik yang berbeza daripada kerajaan.

Najib berkata negara memerlukan undang-undang khusus untuk memerangi jenayah terancang kerana mereka yang terlibat melakukan jenayah secara terbuka.

"Ia telah menimbulkan ketakutan di kalangan rakyat Malaysia dan jika (kerajaan) tidak bertindak, lebih ramai akan menjadi mangsa dan tahap ketakutan akan lebih tinggi," katanya.

Perdana menteri berkata beliau mahu mewujudkan satu keadaan di mana rakyat Malaysia berasa lebih selamat di negara sendiri.

Beliau berkata bagaimanapun usaha itu memerlukan komitmen yang bersungguh-sungguh daripada semua pihak dan yang diutamakan ialah keadaan negara yang bebas daripada jenayah.

Ditanya mengenai terdapat bangkangan daripada pihak tertentu terhadap pindaan akta itu, Najib berkata kerajaan tidak perlu berunding dengan semua pihak berkepentingan tetapi mereka bebas untuk memberikan pandangan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini pernah berkata bahawa pindaan akta berkenaan bertujuan membolehkan polis melaksanakan tugas membanteras dan mencegah jenayah dengan lebih berkesan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa