Lawan Enam Penjuru Bukan Luar Biasa - Hishammuddin - Semasa | mStar

Lawan Enam Penjuru Bukan Luar Biasa - Hishammuddin

KUANTAN: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan pertandingan enam penjuru untuk jawatan naib presiden Umno yang disandangnya pada pemilihan parti bulan depan bukanlah sesuatu yang unik atau luar biasa.

Beliau berkata perkara itu juga bukanlah sesuatu yang mengejutkannya kerana semasa menyuarakan hasrat untuk mempertahankan jawatan itu, beliau sudah mendengar desas desus bahawa ramai yang mahu bertanding jawatan itu.

"Bagi saya kalau pertandingan itu secara sihat dan bersandarkan kepada kekuatan yang ada pada setiap calon, saya rasa kelak apabila pemilihan ini berakhir, parti akan lebih kuat.

"Tetapi jika budaya politik negatif menjadi amalan ketika bertanding, parti akan rosak, bukannya nama calon berkenaan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan 500 anggota Umno Pahang di Kompleks Yayasan Pahang di sini, Ahad.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata selama ini beliau selesa bekerjasama dengan dua lagi penyandang jawatan itu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sehingga mereka berjaya membawa wadah perjuangan parti selama ini.

Bagi beliau, kerjasama di antara mereka tidak perlu dipolemikkan oleh sesetengah pihak yang mengatakan wujudnya pakatan di antara ketiga-tiganya untuk menentang calon yang mencabar mereka pada pemilihan kali ini.

"Ia lebih kepada memikul tangggungjawab yang diamanahkan parti secara berganding bahu dan sebagai sebuah keluarga," katanya.

Selain tiga penyandang itu, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam turut menyerahkan borang pencalonan mereka semalam untuk persaingan jawatan naib presiden. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Ku Li Sah Tidak Tanding Presiden Umno

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain